Rakan Tuntut Mayat Aidana - Semasa | mStar

Rakan Tuntut Mayat Aidana

Rakan warga Kyrgyzstan hadir untuk menuntut Aidana di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur, pagi Isnin.

KUALA LUMPUR: Rakan kepada mangsa nahas helikopter di Semenyih hadir di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin untuk menuntut mayat Aidana Baizieva.

Seorang lelaki dan perempuan itu dilapor hadir untuk melengkapkan beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.

Mereka tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum menguruskan proses menuntut mayat.

Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.

Aidana Baizieva , mayat , helikopter , terhempas

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta

Maut terlebih makan durian