suria

Mendung, Gerimis Iringi Jenazah Jamaluddin Jarjis

Anak lelaki Jamaluddin, Ikhwan Hafiz (baju coklat) mengusung keranda bapanya sebaik tiba di Masjid Negara, petang Ahad.

KUALA LUMPUR: Cuaca mendung dan gerimis mengiringi ketibaan jenazah Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis di Masjid Negara untuk disemadikan di Makam Pahlawan.

Jenazah Ahli Parlimen Rompin yang juga bekas menteri itu tiba  pukul 3.15 petang Ahad diiringi ahli keluarga dan kenalan untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin yang disegani itu.

Jamaluddin, 64 antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, petang Sabtu.

Sebaik tiba di Masjid Negara, jenazah dibawa masuk ke masjid dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan diketuai Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Turut kelihatan isterinya Puan Sri Kalsom Ismail bersama anak lelakinya, Ikhwan Hafiz dan seorang lagi anak perempuan.

Jenazah dijangka dikebumikan selepas Asar.

Sementara itu, persiapan untuk upacara pengebumian di bahagian luar Makam Pahlawan berjalan lancar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri upacara pengebumian petang ini.


Artikel Lain