suria

Jamaluddin Jarjis Dikebumi Di Makam Pahlawan, Azlin Di Kajang

PETALING JAYA:Jenazah Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akan dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara, sebelum solat Zohor pada Ahad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di rumah Allahyarham di Mines Resort dan Country Club, Seri Kembangan pada pukul 10 pagi ini. 

Jamaluddin yang juga bekas menteri dan ahli Majlis Tertinggi Umno terkorban bersama lima yang lain dalam nahas helikopter di Semenyih pada petang Sabtu.

Difahamkan, jenazah Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias telah dikenal pasti oleh Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad. 

Sementara itu, jenazah Azlin yang turut terkorban akan dibawa ke kediamannya di Saujana Impian, Kajang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. 




Jamaluddin Jarjis, Azlin Alias

Artikel Berikut

Artikel Lain