suria

Nahas Helikopter: Enam Mayat Dibawa Ke HKL

Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung keluar mayat mangsa nahas helikopter yang terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih malam ini untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat.

PETALING JAYA: Mayat enam individu termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam kejadian nahas helikopter di kawasan ladang getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang Sabtu kini dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa serta bedah siasat akan dijalankan di HKL.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, operasi sudah ditamatkan kira-kira pukul 9.30 malam.

"Mayat terakhir yang dikeluarkan dari tempat helikopter itu terhempas pada pukul 8.15 malam," katanya.

Berdasarkan maklumat yang diterima, helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu dipandu Kapten Cliff Fournier itu meletup di udara.

Azlin Alias

Selain Dr Jamaluddin, helikopter tersebut turut dinaiki Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, seorang ahli perniagaan dari Kedah, Datuk Robert Tan, seorang yang dikenali sebagai Ajdiana Baiziera yang dipercayai pembantu juruterbang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Mohd Raskan Seran dari Sabah yang turut terkorban dalam nahas itu.

Mohd Razkan Seran

Sebentar tadi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Jamaluddin juga Ahli Parlimen Rompin serta ahli Majlis Tertinggi Umno yang berada dalam pesawat yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang itu terkorban bersama lima yang lain.


Artikel Lain