suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakaian Hitam: Mubarak Kecam Tindakan Wakil Rakyat Pembangkang

IPOH: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) negeri Perak mengecam tindakan 26 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri Perak, Selasa lepas.

Dalam satu usul yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Mubarak Perak kali ke-13 di sini, Mubarak menyifatkan tindakan pembangkang itu sebagai tidak menghormati institusi diraja.

Yang Dipertua Mubarak Perak, Datuk Saharuddin Abdul Jabar ketika membentangkan usul itu berkata Mubarak menyatakan rasa kesal dan kecewa dengan perbuatan Adun pembangkang berkenaan.

"Perbuatan mereka (pembangkang) yang berpakaian sedemikian biadap kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

"Sebagai Adun, mereka sepatutnya tahu menghormati Tuanku Sultan Perak dan istiadat berkenaan dengan mematuhi tatacara pemakaian iaitu berpakaian seragam negeri atau seragam Melayu negeri," katanya.

Beliau berkata, anggota jawatankuasa Mubarak telah mengambil ketetapan bahawa tindakan Adun pembangkang itu dianggap menderhaka.

Tindakan wakil rakyat pembangkang itu memakai pakaian serba hitam antaranya sebagai tanda protes dan solidariti terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara dan juga sebagai menunjukkan rasa marah atas kenaikan harga barang dan penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mesyuarat Agung Mubarak itu dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di kediaman rasmi Menteri Besar yang turut dihadiri Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman. -- Bernama

Artikel Lain