suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki, GRO Ditahan Separuh Bogel

Antara GRO yang ditahan semasa serbuan di sebuah pusat hiburan di Burmah Road.
GEORGE TOWN: Dua lelaki dan pasangan mereka ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan oleh pegawai penguatkuasa di sebuah pusat hiburan di Burmah Road.

Kedua-dua wanita itu merupakan antara 41 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan semasa Ops Sayang yang dilakukan Jabatan Imigresen di negeri itu.

Difahamkan dua lelaki itu dibebaskan selepas soal siasat.

Jabatan Imigresen turut melakukan serbuan berasingan di sebuah pusat hiburan di Jalan Baru, Prai.

Antara wanita yang ditahan dalam serbuan itu terdiri daripada 30 warga Vietnam, 10 China dan seorang Thailand.

Pegawai penguatkuasa Imigresen turut menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai bapa ayam semasa serbuan itu.

Penolong Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata seramai 47 anggotanya ditugaskan dalam serbuan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain