suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekalan Air Kembali Pulih Di Tiga Daerah

KOTA TINGGI: Loji rawatan Sungai Johor kembali beroperasi kira-kira pukul 9 pagi Jumaat, sehari selepas ia ditutup akibat tumpahan minyak.

Loji rawatan air tersebut dan sebuah lagi loji di Semangar ditutup pada Khamis akibat tumpahan minyak yang dikesan di Sungai Johor menyebabkan hampir 500,000 pengguna di Johor Baru, Kulaijaya dan Nusajaya terjejas.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor, Jamaluddin Jamal berkata loji rawatan air Semangar masih ditutup kerana bau minyak diesel masih dapat dikesan.

Jelasnya, pengguna akan mendapat bekalan air secara berperingkat dari loji rawatan air Sungai Johor pada Jumaat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi hotline Pusat Maklumat SAJ di talian 1800-88-7474 atau emel ke [email protected].
tumpahan minyak, Sungai Johor

Artikel Lain