suria

Permohonan Reman Tiga Editor TMI Ditolak

Lionel, Zulkifli Sulong dan Amin Shah dibebaskan pada Selasa.
PETALING JAYA: Polis membebaskan tiga editor The Malaysian Insider (TMI) selepas permohonan reman terhadap mereka ditolak.

Sumber polis mengesahkan Pengarang Urusan The Malaysian Insider, Lionel Morais, Pengarang Bahasa Melayu, Amin Shah Iskandar dan Pengarang Rencana dan Analisis, Zulkifli Sulong dibebaskan pagi Selasa selepas pendengaran reman mereka di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Ketiga-tiga mereka ditahan dibawah Akta Hasutan pada Isnin berhubung artikel yang disiarkan minggu lalu.

Penerbit The Edge, Ho Kay Tat dan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq yang ditahan pada pagi Selasa bagaimanapun masih dalam tahanan polis.

"Kami akan memohon perintah reman terhadap mereka pada esok," kata sumber.

Portal berita itu telah memuat naikkan satu artikel yang menyebut bahawa Majlis Raja-Raja telah menolak pelaksanaan Hukum Hudud ketika persidangan pada  11 Mac lalu.

Artikel tersebut memetik sumber-sumber dalaman sebagai berkata.

Bagaimanapun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad telah membuat penafian berhubung perkara tersebut dan membuat laporan polis, Khamis lalu.



Majlis Raja-Raja, hudud, TMI

Artikel Lain