suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Bekas Tahanan ISA Terlibat Dalam Kumpulan Militan - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Enam bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikenal pasti polis terlibat dalam aktiviti kumpulan militan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lima daripada enam yang ditahan menyertai Kumpulan Militan Malaysia (KMM) manakala seorang lagi terlibat dengan Jemaah Islamiyah.

Katanya, kerajaan sentiasa serius dalam membanteras aktiviti kumpulan militan dan pengganas terutamanya anggota Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Dr Ahmad Zahid berkata kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk menyekat pengaruh IS dari menular di negara ini.

"Sehingga 31 Mac, seramai 75 individu yang ditahan terlibat dengan IS," katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) di Dewan Rakyat pada Selasa.
ISA, militan, ISIS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain