suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CBP Bukan Punca Peniaga Kecil Gulung Tikar

Chua Tee Yong.
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong menolak dakwaan pihak tertentu bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) menyebabkan peniaga kecil akan gulung tikar.

Chua berkata, sebaliknya ketiadaan waris untuk meneruskan perniagaan serta kegagalan bersaing dengan pasar raya besar dan kedai francais menjadi punca peniaga kecil terlibat menutup perniagaan mereka.

"Kita telah mengadakan pertemuan dengan persatuan kedai runcit bagi mengenal pasti masalah mereka dan kita dapati bukan CBP sahaja yang menjadi punca mereka mahu menutup perniagaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa terdapat peniaga kedai runcit di Pulau Pinang terpaksa menutup perniagaan mereka kerana tidak mampu berdepan cabaran pelaksanaan CBP, antaranya kenaikan sewa premis yang juga dikenakan CBP.

Sementara itu, Chua berkata, peniaga dan orang awam dijangka mengambil masa enam bulan hingga setahun untuk menyesuaikan diri dengan cukai baharu itu.

Katanya, masalah penyesuaian terhadap CBP pasti dihadapi di mana-mana negara yang melaksanakan cukai baharu itu.

CBP yang menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan dilaksanakan di seluruh negara bermula Rabu pada kadar enam peratus.
CBP, gulung tikar

Artikel Lain