Hasan Malek Nafi Letak Jawatan Berhubung Kenaikan Harga Petrol Esok - Semasa | mStar

Hasan Malek Nafi Letak Jawatan Berhubung Kenaikan Harga Petrol Esok

Hasan Malek.
Datuk Seri Hasan Malek
KUALA PILAH: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek pada Selasa menafikan laporan Facebook kononnya beliau akan meletak jawatan berhubung kenaikan harga bahan api yang akan berkuat kuasa Rabu.

Hasan mendakwa ada pihak lain yang menggunakan akaun Facebook beliau yang dipalsukan kononnya beliau akan meletak jawatan sekiranya harga petrol RON95, RON97 dan diesel naik pada 1 April.

"Laporan itu adalah palsu dan saya amat kesal dengannya. Ini amat mendukacita kerana kemudahan media sosial disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya amat kesal dengan perkara ini yang bertujuan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

"Saya tidak perlu diminta oleh sesiapa untuk meletakkan jawatan. Jika saya tidak mendapat kepercayaan daripada kepimpinan, saya sedia berundur.
Saya berharap rakyat pandai menilai dan tidak mempercayai laporan tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan khas kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Parlimen Kuala Pilah di sini, Selasa.

Menurut laporan itu: "Datuk Seri Hasan Malek memberi jaminan bahawa tiada sebarang kenaikan harga petrol dan diesel akan dilakukan dalam tempoh terdekat, sekalipun berlaku sedikit kenaikan harga bahan bakar di pasaran. Pada masa ini harga runcit RON95 adalah kekal pada harga RM1.95 seliter, RON97 pada harga RM2.25 seliter manakala diesel pada harga RM1.95 seliter. Sekiranya laporan palsu itu benar, saya dengan rela hati meletakkan jawatan sebagai menteri KPDNKK berkuat kuasa serta-merta tanpa prejudis demi kepentingan rakyat".

Hasan berkata akibat daripada laporan itu persepsi dan pandangan masyarakat tentang peranan beliau sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah tercalar.

"Saya secara keras menyatakan laporan tersebut adalah palsu dan fitnah jahat yang bertujuan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat di negara ini. Saya sendiri mempunyai bukti yang cukup untuk menyatakan ini adalah satu unsur jahat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya dan pihak kementerian akan mengambil tindakan perundangan ke atas penyebar fitnah ini," katanya.

Katanya laporan polis dibuat di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pagi ini selain kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"Jadi, saya meminta agar perkara ini disiasat dan diambil tindakan segera," katanya.

Sementara itu, Hasan berkata umum mengetahui bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) akan dimulakan esok dan kementeriannya serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia sudah cukup bersedia.

"Kita akan menghadapi apa juga cabaran yang akan berlaku. Saya yakin dengan komitmen dan persetujuan pelbagai pihak termasuk syarikat besar, Persatuan Pengedar Petrol Malaysia, Persatuan Pengeluar Ternakan dan Persekutuan Pengilang Malaysia dengan pelaksanaan CBP ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain