suria

Dua Guru Paksa Pelajar Peluk Islam Dipindahkan

Sebastian Ting.
MIRI: Dua guru yang didakwa mengislamkan pelajar Kristian berusia 13 tahun telah diberikan surat rasmi untuk dipindahkan dari Sarawak. 

Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Sebastian Ting berkata pada Selasa bahawa beliau mendapat pengesahan bahawa Kementerian Pendidikan sudah menghantar surat perpindahan kepada dua guru tersebut.

Ting berkata keputusan kementerian untuk memindahkan dua guru tersebut dari Sarawak akan menamatkan kontroversi berkenaan.

"Isu itu tidak akan berpanjangan lagi kerana kementerian telah mengambil pendekatan memindahkan dua guru itu dari negeri ini.

"Kita harus lebih berhati-hati mengenai isu sensitif ini kerana ia akan menimbulkan masalah yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya kepada The Star Online.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Wanita negeri, Datuk Fatimah Abdullah mengesahkan proses mengislamkan pelajar tersebut dilakukan tanpa persetujuan ibu bapanya dan memandangkan dia dibawah umur maka pengislaman itu tidak sah.

Ini bermaksud statusnya sebagai penganut Kristian masih kekal.

guru, Islam

Artikel Lain