suria

Penutupan Lorong Di Jalan Pahang Sehingga Oktober

KUALA LUMPUR: Penutupan lorong di Jalan Pahang dari arah Setapak/Gombak ke Bulatan Pahang bagi tujuan kerja-kerja pembinaan projek Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) Fasa 2 dijangka berakhir Oktober depan.

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi) dalam satu kenyataan hari ini berkata pengguna jalan raya digalak menggunakan Jalan Titiwangsa sebagai laluan alternatif untuk ke Bulatan Pahang dan Jalan Tun Razak bagi mengelakkan kesesakan trafik di kawasan terlibat.

Semua pengguna jalan raya dinasihati agar memandu dengan berhati-hati di sepanjang kawasan kerja-kerja pembinaan dan mematuhi arahan pegawai trafik dan papan tanda lalu lintas yang diletakkan di sekitar kawasan tapak pembinaan.

Kesturi memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna jalan raya sepanjang tempoh pembinaan dijalankan, menurut kenyataan itu.

Pengguna boleh melayari laman web rasmi Duke di http://www.duke.com.my atau laman sosial facebook http://www.facebook.com/DUKEHighway atau hubungi hotline 03-62513100 bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai projek Lebuhraya Duke Fasa 2.

Artikel Sebelum

Artikel Lain