suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Dengan Kesan Jerutan Di Leher, Kesan Bakar Ditemui

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor yang sedang menjalankan kerja memungut sampah terkejut apabila menemui mayat di dalam pelampung perangkap sampah di Jalan 1/2A Taman Wilayah Pusat Bandar Utara, di sini, Isnin.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui 11.55 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata kontraktor berkenaan telah menghubungi pihak bomba, yang kemudiannya memaklumkan kepada polis.

Hasil siasatan mendapati ada kesan jerutan di leher dan kesan bakar ke atas mayat berkenaan, katanya.

"Kedua-dua tangan dan kaki mangsa telah tiada dan mempunyai kesan bakar," katanya ketika dihubungi Isnin.

Beliau berkata polis tidak menemui sebarang barangan berharga daripada mangsa.

Artikel Lain