suria

Jawatankuasa Khas Urus Mesyuarat Agung PAS Batu

Sebahagian AJK PAS kawasan Batu yang mengisytiharkan meletak jawatan pada 16 Mac lalu.

KUALA LUMPUR: PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Tadbir bagi menguruskan Mesyuarat Agung PAS kawasan Batu berikutan peletakan jawatan 17 pemimpinnya pada 16 Mac lalu.

Timbalan Presiden parti, Mohamad Sabu berkata, jawatankuasa yang melibatkan mesyuarat agung pemilihan itu diketuai oleh Penolong Setiausaha Agung parti, Datuk Takiyuddin Hassan.

"PAS Pusat telah memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa takbir bagi mengendalikan perjalanan kawasan Batu yang akan diketuai oleh Datuk Takiyuddin.

"Beliau akan mengetuainya sehingga selepas mesyuarat agung. Beberapa orang lagi akan dilantik untuk membantu beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas PAS Pusat di ibu pejabat parti di sini, Isnin.

Tindakan 17 ahli jawatankuasa (AJK) kawasan Batu termasuk Yang Dipertuanya, Ishak Surin meletak jawatan serta-merta itu kerana kecewa dengan sikap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang gagal menguruskan konflik dalaman parti.

Bagaimanapun pemimpin yang dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, pihaknya menerima surat daripada salah seorang daripada mereka iaitu Mohamad Nawi yang menafikan telah menandatangani surat peletakan jawatan bersama AJK lain.

"Dia (Mohamad Nawi) beritahu dia tidak termasuk dalam 17 orang itu. Dia tak tandatangan pun surat perletakan jawatan seperti didakwa.

"Jadi hal ini bagi PAS ia memerlukan keputusan daripada PAS Pusat dan siasatan kes ini sedang berjalan," katanya.

PAS, Batu, Mohamad Sabu, Takiyuddin Hassan

Artikel Lain