suria

Dua Beranak Rentung Dalam Kebakaran Kilang Perabot

Gambaran hiasan.
KOTA KINABALU: Dua beranak rentung dalam kejadian kebakaran awal pagi Isnin melibatkan sebuah kilang perabot dan dua kilang membaiki sofa, di Mogonibong, Bahang, Penampang.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Penampang Pegawai Bomba Kanan 2 Jaree Mohd berkata mereka yang rentung dikenali sebagai Yewn Chai Hwe, 63, dipercayai pemilik kilang perabot berkenaan, dan anak lelakinya, Yewn Min Kok, 34, seorang Orang Kurang Upaya.

Beliau berkata mayat Chai Hwe dijumpai di dalam tandas manakala mayat Min Kok di atas lantai kilang perabot berkenaan.

Menurut Jaree mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.03 pagi sebelum menghantar empat jentera, dua buah daripadanya dari balai bomba Kota Kinabalu, dengan 24 pegawai dan anggota.

Katanya punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
rentung, kebakaran

Artikel Lain