Nancy, Rohani Berpotensi Jadi PM 'Selamatkan Malaysia' - Semasa | mStar

Nancy, Rohani Berpotensi Jadi PM 'Selamatkan Malaysia'

PETALING JAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang mencadangkan beberapa pemimpin dari Sabah dan Sarawak yang berpotensi untuk mengetuai negara ini sekiranya gabungan 'Selamatkan Malaysia' ditubuhkan.

Menerusi kenyataan pada Ahad, Lim berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dari Sarawak adalah antara pemimpin yang layak menduduki kerusi itu.

Selain itu Lim juga mencadangkan pemimpin Sabah, iaitu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirli dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dari Sarawak.

"Orang Sabah atau Sarawak juga boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia jika gabungan ini berhasil selepas PRU-14 nanti.

"Walau bagaimanapun calon berkenaan mestilah menjadi Ahli Parlimen pada masa ini. Jika kerajaan campuran ini mendapat sokongan majoriti daripada 222 Ahli Parlimen, maka akan ada seorang perdana menteri yang baharu," katanya.

Pada 19 Mac, Dewan Undangan Negeri Kelantan sebulat suara meluluskan pindaan kepada undang-undang Jenayah Syariah II Kod (1993).

Pada 22 Mac, Lim mencadangkan pembentukan gabungan dua parti baharu yang dikenali sebagai 'Selamatkan Malaysia' untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan itu dibuat selepas PAS mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat.

DAP , Lim Kit Siang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain