Dakwa Peserta #KitaLawan Kerana Hina Mahkamah - Perkasa - Semasa | mStar

Dakwa Peserta #KitaLawan Kerana Hina Mahkamah - Perkasa

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menggesa agar mereka yang ditahan kerana menyertai perhimpunan #KitaLawan, turut didakwa atas kesalahan menghina mahkamah.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya dibiarkan, maka ia akan menjadi rujukan iaitu pada masa akan datang, apabila seseorang didapati bersalah, ada pihak-pihak akan menggunakan perhimpunan sebegini sebagai asas untuk mereka mencabar keputusan mahkamah dan menghina hakim-hakim.

"Dalam usaha nak bebaskan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (#KitaLawan) ini menjadi satu 'precedent' yang berbahaya kepada negara kita.

"Apabila ia berlaku berterusan, pada masa akan datang, apabila orang disabitkan di mahkamah, ada saja yang pertikai, hakim tak adil dan hakim tak  betul.

"Desakan-desakan mereka, ucapan mereka sewaktu (berhimpun) dalam mendesak  Anwar dibebaskan, semuanya saya anggap menghina mahkamah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Tertinggi Perkasa, di Kelab Sultan Sulaiman, di sini Ahad.

Kira-kira 500 orang bersama-sama beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat berhimpun semalam di ibu negara bagi mendesak agar Anwar, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, agar dibebaskan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata perhimpunan #KitaLawan tidak lagi dibenarkan di ibu negara dan perlu dihentikan berikutan kumpulan terbabit bertindak agresif dengan membelasah seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menjalankan tugas.

Dua pemimpin kanan pakatan pembangkang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua yang ditahan polis di lokasi berasingan semalam bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan itu, telah dibebaskan hari ini.

Dalam sidang media sama, Ibrahim turut menyelar provokasi daripada sesetengah pihak kerana mempertikaikan hukum Hudud.

Beliau berkata, orang bukan Islam harus sedar hukum hudud hanya dijalankan ke atas orang Islam, selain menegaskan bahawa orang Islam selama ini sama sekali tidak pernah mempertikaikan kepercayaan dan fahaman agama lain.

"Sekiranya perkara ini (provokasi) berterusan dan tidak ditangani, kami khuatir perpaduan dalam kalangan kaum pada masa akan datang akan terus terjejas," katanya.

#KitaLawan , Perkasa , Ibrahim Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.