Undang-Undang Perlu Diimbangi Elemen Keadilan - Sultan Perak - Semasa | mStar

Undang-Undang Perlu Diimbangi Elemen Keadilan - Sultan Perak

Sultan Dr Nazrin Shah.
KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah bertitah undang-undang akan gagal memenuhi objektif penggubalannya tanpa adanya elemen keadilan yang dibaca bersama dalam mana-mana peruntukan.

Menurut baginda, pelaksanaan keadilan merupakan elemen yang wajib dikekalkan dan sama sekali tidak boleh dikompromi, walaupun cabang perundangan sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

"Tanpa elemen keadilan, sesuatu peruntukan keadilan adalah 'hollow', laksana jasad yang wujud tanpa roh. (Dalam keadaan sebegitu) undang-undang sekadar kompilasi adunan ayat dan himpunan perkataan," titah baginda.

Sultan Perak bertitah pada Majis Konvokesyen ke-20 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman di sini Khamis.

Sultan Nazrin Shah berpandangan bahawa proses keadilan wajar bermula sebelum bermulanya sebarang proses di mahkamah.

Titah baginda, sebelum pendakwaan dimulakan, pertimbangan keadilan perlu disuntik ke dalam proses menilai kertas siasatan kerana prosiding undang-undang jenayah yang bersifat punitif memerlukan setiap fakta diperhalusi dan bukan hanya dibatasi kepada pembacaan undang-undang secara literal.

"Objektif dan tujuan mengapa sesuatu peruntukan perundangan jenayah diperkenalkan perlu dibaca bersama dengan fakta kes. Pertimbangan yang serupa (turut) terpakai dalam kes-kes sivil," titah baginda.

Menurut Sultan Perak, sudah sampai masanya sesuatu undang-undang itu diberi pertimbangan serta penekanan yang lebih khusus kepada roh keadilan.

"Undang-undang bukan hanya berkisar kepada do's and don't's tetapi menjangkaui perkara-perkara tersebut," titah baginda sambil menambah undang-undang secara hakikatnya berkisar kepada perbincangan falsafah dan idealisme yang perlu memenuhi kehendak masyarakat.

Justeru, titah Sultan Nazrin Shah, pentadbiran dan pengurusan undang-undang memerlukan roh keadilan dibaca bersama-sama dengan ayat dan istilah undang-undang.

"Undang-undang dan keadilan tidak boleh dipisahkan. Undang-undang dan keadilan wajib seiring dan sejalan," tegas baginda.

Dalam pada itu, Sultan Perak bertitah institusi pengajian tinggi yang menawarkan program undang-undang wajar memperkenal dan memberi penekanan kepada modul pembelajaran berkaitan keadilan.

"(Ini) demi memastikan kebijaksanaan membaca undang-undang dapat diimbangi dengan pertimbangan keadilan supaya objektif kewujudan sesuatu undang-undang dapat dipenuhi secara lebih berkesan," titah baginda.

keadilan , Sultan Perak

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain