suria

Keranda Lee Kuan Yew Tiba Di Bangunan Parlimen

-foto AFP
SINGAPURA: Perarakan membawa keranda Lee Kuan Yew tiba di bangunan Parlimen pagi Rabu dengan sorakan orang ramai yang berkumpul di North Bridge Road.

Sebaik sahaja ia dibawa ke pintu masuk bangunan Parlimen, beribu-ribu orang yang memenuhi jalan raya melaungkan nama 'Lee Kuan Yew'.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Speaker Parlimen Halimah Yacob, Ketua Pertahanan Ng Chee Meng dan Pesuruhjaya Polis, Hoong Wee Teck, menerima keranda itu.

Perarakan bergerak meninggalkan Sri Temasek menuju ke Parlimen pada pukul 9 pagi.

Perarakan kaki diketuai oleh Hsien Loong, isterinya Ho Ching dan keluarga mereka yang berarak melalui kawasan Istana. Turut hadir ialah anak perempuan Lee, Dr Lee Wei Ling, anak bongsunya, Lee Hsien Yang dan isterinya Lee Suet Fern; cucunya XiuQi, Yipeng, Hongyi, Haoyi, Shengwu, Huanwu dan Shaowu.

Lee, Perdana Menteri Singapura yang pertama, akan ditempatkan di bangunan Parlimen dari Rabu hingga Sabtu, 29 Mac.

Beliau meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada usia 91 pada 23 Mac - The Straits Times/Asia News Network

Artikel Berikut

Artikel Lain