suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Jangan Mimpi Di Siang Hari", Kata PAS Kepada DAP

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan berganjak daripada matlamat untuk memastikan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, tentu tidak akan berhasil jika memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah cubaan menggagalkan usaha PAS itu.

"Memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Presiden (Hadi), pimpinan DAP jangan bermimpi di siang hari bahawa ahli-ahli PAS akan menggugurkan hasrat untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam.

“Ini kerana perjuangan untuk mendaulatkan Islam bukan sahaja perjuangan Tuan Guru  Presiden tetapi perjuangan yang didokong oleh seluruh pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Selain itu, Mahfodz berkata, beliau kesal dengan tindakan DAP yang cuba memecah-belahkan PAS menerusi kaedah 'pecah dan perintah' apabila membuat keputusan memutuskan hubungan dengan presiden PAS tetapi tidak dengan parti itu.

"DAP jangan memisahkan Datuk Seri Tuan Guru Presiden daripada PAS, sedangkan PAS diketuai dan dipandu oleh presiden sebagai ketua parti.

"Keputusan presiden adalah keputusan bersama parti termasuk dalam usaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam menerusi Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015),” katanya.



Artikel Lain