suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SOP Pengurusan Bencana Negara Diperkemas - Shahidan

Shahidan Kassim.
KUALA LUMPUR: Kerajaan kini memfokuskan tiga elemen penting dalam memperkemas prosedur operasi standard (SOP) bencana meliputi aspek sistem, kaedah dan masyarakat. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata SOP dalam pengurusan bencana itu merupakan inisiatif berterusan kerajaan dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Penekanan juga diberikan kepada mendidik masyarakat agar sentiasa peka dan siapsiaga terhadap amaran bencana, katanya dalam satu kenyataan sempena penganjuran Persidangan Critical Communications Asia 2015 (CCA2015) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Selasa.

Selain itu, SOP yang diperkemaskan itu juga bertujuan memudahkan koordinasi operasi mencari dan menyelamat (S.A.R.) oleh agensi-agensi kerajaan, kata Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Persidangan tiga hari itu bermula pada Isnin merupakan program tahunan melibatkan penyertaan lebih 20 buah negara bagi membincangkan teknologi komunikasi dalam misi-misi kritikal termasuk dalam pengurusan dan koordinasi tindak balas terhadap bencana alam.

Artikel Lain