suria

Guru Antara 14 Dicekup Terbabit Judi Siber

KOTA KINABALU: Seorang guru merupakan antara 14 individu yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan judi siber.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata guru lelaki berumur 50 tahun itu dipercayai menganjurkan kegiatan tersebut di rumah sewanya di Taman Faber, Luyang di sini pada 15 Mac lepas.

Bagaimanapun, guru terbabit ditahan dua hari kemudian di sekitar bandar raya, katanya kepada pemberita selepas majlis penerimaan Pondok Bit Polis Imago berkeluasan 700 kaki persegi di pusat komersial KK Times Square di sini Selasa.

Menurut beliau, 13 individu lain, kesemuanya lelaki berumur antara 26 dan 59 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan iaitu pada 15 Mac di rumah sewa guru terbabit, 16 Mac di Pusat Perniagaan Inanam dekat sini dan 22 Mac di Taman Kinamount di sini.

Katanya, polis turut merampas 15 set komputer yang dianggarkan bernilai RM20,000 dan wang tunai berjumlah RM940.

"Modus operandi judi siber sudah berubah daripada kawasan komersial kepada kawasan perumahan dan beroperasi secara bersembunyi di mana pelanggan tertentu sahaja yang boleh masuk," katanya.

Chandra juga mengalukan orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat mengenai kegiatan judi siber di kawasan perumahan masing-masing.
judi siber

Artikel Lain