suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber Sedia Dilaksana

Rohani Abdul Karim.
PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber (PTCOP) diwujudkan untuk menangani masalah aktiviti dalam talian di kalangan kanak-kanak, terutama kes buli siber dan pornografi, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata PTCOP yang dibentang dan diluluskan oleh Kabinet pada 11 Februari lepas, akan diserahkan kepada kementerian peneraju dan agensi terbabit untuk pelaksanaan.

Antara kementerian peneraju dan agensi ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"Adalah diharapkan PTCOP ini, dengan empat aspek utama iaitu tindakan advokasi, pencegahan, intervensi dan khidmat sokongan akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan kesedaran dan komitmen ibu bapa, guru, anggota masyarakat dan badan bukan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber: Ke Arah Pendekatan Bersepadu' yang berlangsung dua hari di sini Selasa.

Rohani berkata ia juga membolehkan pihak berkepentingan untuk mewujudkan advokasi, pencegahan dan intervensi kontinum yang jelas, serta program perlindungan yang mematuhi piawaian antarabangsa.

Sambil mengakui akses kepada internet adalah petunjuk untuk mengukur kemajuan negara dalam ekonomi berasaskan maklumat, serta mewujudkan bentuk baharu komunikasi dan platform perniagaan, Rohani berkata terdapat juga  'sisi gelap' internet.

Kesan negatif internet ialah apabila orang yang tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk pornografi dan pelacuran siber, tambahnya.

"Sisi gelap juga termasuk mereka yang menyasarkan kanak-kanak sebagai mangsa mereka," katanya.

Sehubungan itu, Rohani berkata bimbingan dan pemantauan daripada ibu bapa, penjaga, guru dan anggota masyarakat adalah sangat penting untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini.

PTCOP, Rohani Abdul Karim

Artikel Lain