Perunding, Ahli Perniagaan Didakwa Perdagang Wanita Indonesia - Semasa | mStar

Perunding, Ahli Perniagaan Didakwa Perdagang Wanita Indonesia

KUALA LUMPUR: Seorang perunding dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini, Selasa terhadap pertuduhan memperdagang seorang wanita warga Indonesia pada April tahun lepas.

Kedua-dua wanita itu, Ong Su Ping Serene, 47, dan Sang Yoke Leng, 44,  didakwa memperdagang wanita berusia 32 tahun itu dengan menggunakan kekerasan di sebuah rumah di Persiaran Pandan 7, Pandan Jaya di sini antara April 2014 sehingga 20 Disember 2014.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda, jika sabit kesalahan. 

Hakim Unaizah Mohd membenarkan Ong diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin manakala Sang diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan selain perlu menyerahkan pasport untuk disimpan oleh mahkamah.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam S. Preakas memohon jumlah jaminan yang rendah atas alasan mereka perlu menanggung nenek dan ibu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz.

Di Mahkamah Majistret Ampang, Ong dan Sang turut tidak mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil pembantu rumahnya itu tanpa memiliki permit  kerja sah.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat kejadian dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap seorang yang diambil bekerja.

Majistret Zulyana Zollkapli membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kedua-dua kes ditetapkan 30 Mac untuk sebutan di Mahkamah Sesyen.

perunding , perdagang , wanita Indonesia

Artikel Sebelum

Dua Lelaki Didakwa Edar 5.4 Kg Heroin

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain