suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Didakwa Edar 5.4 Kg Heroin

YAN: Dua lelaki berasal dari Sungai Petani didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 5.4 kilogram pada 12 Mac lepas.

S. Thaneskumar, 26, dan M. Naveen, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di KM83.4 menghampiri Exit 173 Gurun, Lebuhraya Utara Selatan pada 9.15 malam, 12 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 38B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.

Mahkamah menetapkan 13 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu bagi membolehkan kedua-dua tertuduh melantik peguam.
heroin

Artikel Lain