suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Ucap Takziah Kepada Lee Hsien Loong

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong atas kematian bapanya, Perdana Menteri pengasas Singapura Lee Kuan Yew, awal hari Isnin.

Dalam akaun Facebooknya pada Isnin, Najib menyifatkan pencapaian Kuan Yew sebagai hebat dan legasinya terjamin.

Berikut teks penuh catatannya: "Saya benar-benar sedih apabila mendengar mengenai kehilangan bapa anda. Ingatan dan doa saya bersama anda dan keluarga anda.

"Bagi pihak rakyat Malaysia, takziah yang tidak terhingga kepada rakyat Singapura.

"Pencapaian Perdana Menteri pengasas Tuan Lee Kuan Yew adalah besar dan legasinya adalah terjamin."

Kuan Yew meninggal dunia pada 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura.

Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Februari kerana radang paru-paru yang teruk.

Beliau berusia 91 tahun.

Perdana Menteri Hsien Loong mengisytiharkan tempoh berkabung negara mulai Isnin (23 Mac) hingga Ahad (29 Mac).

Sebagai tanda penghormatan, bendera negara dikibarkan separuh tiang.

Artikel Lain