suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Tonton Perlawanan Man United & Liverpool Di Singgah Selalu

Najib bersama para penyokong Manchester United bersorak selepas menyaksikan Juan Mata melakukan jaringan ketika menentang Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeri malam Ahad, di Restoran Singgah Lalu, Johor Bahru. Foto twitter @MyMalaysia

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'memeranjatkan' orang ramai dengan kehadirannya di Restoran Singgah Selalu di sini, bagi menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester United, malam Ahad.

Gambar Perdana Menteri bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sedang menonton perlawanan itu, dikongsi oleh orang ramai melalui laman Twitter.

Mohamed Khaled, turut mengabadikan gambar bersama Najib, yang juga peminat setia Manchester United itu, melalui akaun twitternya @khalednordin.

Perdana Menteri berada di bandar raya ini bagi menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Isnin.

Artikel Lain