suria

Gambar Judi: DAP Gantung Adun Balakong Tiga Bulan

Eddie Ng Tien Chee
PETALING JAYA: DAP telah menggantung Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong Eddie Ng Tien Chee selama tiga bulan berhubung aktiviti bermain judi di pusat perkhidmatannya.

Beliau telah dimaklumkan mengenai keputusan itu melalui surat daripada Jawatankuasa Disiplin parti pada Ahad.

Walaupun Ng mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu, beliau mengumumkan bahawa beliau menerima keputusan itu dan ingin meletakkan isu itu di belakang.

"Saya menghormati keputusan jawatankuasa dan saya menggesa penyokong saya menerima keputusan yang dibuat dan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan berkhidmat kepada masyarakat," katanya dalam satu posting Facebook pada Ahad.

Ng juga meminta maaf kepada penyokong dan pengundi beliau untuk isu ini.

Pada 21 Februari, beberapa gambar lelaki mirip Adun DAP Selangor itu sedang bermain judi dengan sekumpulan lelaki ketika Tahun Baru Cina telah tersebar di media sosial.

Gambar-gambar itu, dipercayai diambil dengan telefon bimbit, menunjukkan seorang lelaki dengan bajunya tidak dibutangkan sedang bermain kad di sebuah meja dengan beberapa lelaki lain.

Selain kad, terdapat juga wang tunai di atas meja.

Artikel Lain