suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agong Utus Takziah Kepada Singapura Atas Kematian Lee Kuan Yew

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada Isnin mengutuskan ucapan takziah di atas kematian perdana menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew.

Menurut kenyataan Istana Negara di sini, Seri Paduka berdua mengutuskan ucapan takziah dan simpati itu kepada Presiden Singapura Tony Tan Keng Yam, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang juga anak mendiang Kuan Yew,serta seluruh rakyat Singapura.

Kuan Yew, 91, meninggal dunia pada 3.18 pagi Isnin di Hospital Besar Singapura.

Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Februari lepas kerana radang paru-paru teruk.

Upacara pengebumian negara untuk pengasas Singapura moden itu akan diadakan pada 2 petang Ahad ini di Pusat Kebudayaan Universiti, Universiti Nasional Singapura.

Lee Kuan Yew

Artikel Lain