suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemahkotaan: Pegawai, Anggota PDRM Diingatkan Amal Prinsip SMI

Ismail (kiri) menyampaikan amanat kepada 1200 anggota yang terlibat sempena penugasan Majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac ini, di Dewan Dato' Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Ahad.

JOHOR BARU: Pegawai dan anggota polis yang bertugas bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Isnin, diingatkan supaya mengamalkan prinsip SMI (Semua Mesti Ingat) bagi membuktikan kemampuan dan kewibawaan dalam menjalankan tanggungjawab.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika memberikan ingatan itu berkata, semua pegawai dan anggota mesti menitikberatkan beberapa perkara iaitu disiplin, komitmen, ketrampilan diri, menjaga imej, penyabar serta berbudi bahasa memandangkan masyarakat sentiasa memerhatikan pasukan Polis Diraja Malaysia.

"Kepatuhan kepada disiplin sangat penting bagi menjadi faktor utama kejayaan operasi sesebuah organisasi.

"Amalkan budaya berfikir, musyawarah serta kebijaksanaan dalam membuat keputusan bagi menentukan keselamatan delegasi dan orang ramai," katanya dalam ucapan pada majlis perjumpaan bersama-sama 1,200 petugas PDRM bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Ahad.

Teks ucapan Mohd Mokhtar dibacakan Timbalannya Datuk Ismail Yatim.

Mohd Mokhtar berkata, kecemerlangan tugas yang ditunjukkan pegawai dan anggota semasa persidangan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) pada 2012, pilihan raya umum, Festival Layang-Layang Sedunia serta perarakan chingay baru-baru ini menjadi pengukur kepada penugasan untuk Istiadat Kemahkotaan.

"Oleh kerana Istiadat Kemahkotaan merupakan majlis yang berprestij, maka, sudah semestinya akan menarik perhatian ramai untuk hadir.

"Sehubungan itu, sudah pastinya menjadi harapan daripada pelbagai pihak untuk PDRM memastikan keselamatan dan keselesaan kepada tetamu," katanya.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kelima akan berlangsung esok, di Istana Besar, di sini.-- Bernama

Artikel Lain