suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas PM Singapura Semakin Lemah - PMO

Lee Kuan Yew
SINGAPURA: Keadaan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew semakin lemah pada Ahad, kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Ahad.

Kuan Yew, 91, dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Besar Singapura (SGH) setelah dimasukkan ke hospital itu pada 5 Februari kerana mengalami radang paru-paru yang teruk.

Sementara itu, awal pagi ini, anak lelaki beliau, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching, menyertai orang ramai melawat ruang khas yang menempatkan mesej ucap selamat kepada bapanya di luar Blok 7, SGH.

Rakyat daripada pelbagai lapisan terus mendoakan dan mengutuskan ucap selamat kepada Kuan Yew, yang banyak berjasa dalam membina Singapura hingga menjadi sebuah negara seperti yang wujud hari ini - cergas dan makmur dari segi ekonomi.

Kuan Yew adalah Perdana Menteri pertama Singapura dan menyandang jawatan itu selama tiga dekad.
Lee Kuan Yew, SGH, Lee Hsien Loong

Artikel Lain