suria

Kadar Tambang Baharu Tetap Akan Dilaksanakan - Pemandu Teksi

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi tidak akan mematuhi keputusan Kabinet untuk menangguhkan kadar baharu tambang teksi.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter, Amran Jan berkata ahli-ahlinya telah menentu ukur meter mereka kepada kadar tambang baharu dan tidak akan membuat apa-apa perubahan sehingga satu arahan rasmi daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diterima.

"Kami tidak mahu mempolitikkan isu ini. Kami bimbang dengan terhadap kos sara hidup yang tinggi dan pemandu teksi juga penduduk tempatan yang terlibat dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," katanya pada sidang akhbar pada Ahad.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu berkata kerajaan memahami asas bagi kenaikan tambang pengangkutan awam tetapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

Beliau berkata Kabinet telah mengarahkan SPAD untuk menangguhkan kenaikan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain