suria

Enam Ahli Parlimen PRS Di Sarawak Tidak Sokong Hudud - Masing

Tan Sri James Jemut Masing
KUCHING: Tiada seorang pun daripada enam anggota Parlimen PRS yang di Sarawak akan menyokong hudud, kata Presidennya Tan Sri James Jemut Masing.

"Saya diberitahu hudud, antara lain, akan menentang Perlembagaan Persekutuan Perkara 5 (1). Oleh itu, kita tidak akan menyokong mana-mana Rang Undang-Undang berkaitan hudud.

"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada enam ahli Parlimen saya bahawa ia adalah pendirian parti," katanya katanya dalam satu kenyataan, Ahad.


Perkara 5 (1) menyatakan: "Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.

Masing berkata PRS "tidak ada masalah" dengan kerajaan Kelantan yang mahu melaksanakan hudud di negeri itu.

Walau bagaimanapun, jika dan apabila Rang Undang-Undang Hudud dibentangkan di Parlimen, Masing berkata beliau berharap ahli Parlimen "tidak akan dibahagikan mengikut agama".

"Jika tidak, kita memasuki ke dalam wilayah politik yang tidak diketahui. Bagi sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, saya bimbang," katanya.

Daripada enam anggota Parlimen PRS, seorang daripadanya adalah ahli Kabinet, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Beluan.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum dari parti itu menolak dilantik semula sebagai Timbalan Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2013.
PRS, Tan Sri James Jemut Masing

Artikel Lain