suria

Tarif Air Pulau Pinang Naik Berkuat Kuasa 1 April

GEORGE TOWN: Pengguna air domestik di Pulau Pinang harus membayar tarif air lebih tinggi dengan purata kenaikan sebanyak 16.7 % berkuat kuasa 1 April. 

Bagaimanapun, Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa berkata pengguna domestik yang menggunakan 20,000 hingga 35,000 liter air setiap bulan hanya perlu membayar tambahan RM0.60 daripada bil air mereka setiap bulan. 

"Mereka yang menggunakan lebih daripada 35,000 liter air setiap bulan perlu membayar jumlah yang lebih tinggi mengikut jumlah air yang digunakan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Komtar pada Khamis. 

Cadangan semakan tarif air oleh PBAPP telah dihantar kepada kerajaan Persekutuan pada Julai tahun lalu dan telah digazetkan pada 15 Februari lalu. 

Kadar terbaharu itu tidak akan menjejaskan pengguna kumpulan pertama, yang menggunakan 0- 20 meter padu setiap bulan pada harga 22 sen/m3. Ia sebagai ganjaran kepada mereka yang menggunakan air secara berjimat cermat dan bukannya untuk menghukum pengguna air. 


Artikel Lain