LHDN Sasar Empat Juta Pembayar Cukai Guna E-Filing - Semasa | mStar

LHDN Sasar Empat Juta Pembayar Cukai Guna E-Filing

MELAKA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan sebanyak empat juta pembayar cukai menggunakan e-Filing tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Mohd Shukor Mahfar.

Beliau berkata sebanyak 3.8 juta pembayar telah menggunakan e-Filing tahun lepas daripada jumlah keseluruhan enam juta pembayar cukai di negara ini.

"Diharap sasaran empat juta itu akan dapat dicapai berikutan kesedaran penggunaan e-Filing yang memudahkan urusan pencukaian di kalangan orang ramai kian meningkat pada masa ini.

"Tambahan juga pelbagai kemudahan disediakan menerusi aplikasi telefon pintar, ia menggalakkan pembayar cukai terutamanya generasi muda," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian satu seminar kepimpinan di sini, Rabu.

Seminar anjuran Perbadanan Kemajuan Adat Melaka (Pertam) itu dirasmikan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abd Rahman.

Kemudahan e-Filing merupakan aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet.

Sementara itu Mohd Shukor berkata semua pembayar cukai dinasihatkan  supaya mengisytiharkan cukai pendapatan masing-masing menerusi e-Filing sebagai langkah mengelak kesesakan terutamanya pada tarikh akhir menghantar borang.

Beliau berkata tarikh akhir untuk mengembalikan borang penyata cukai  pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.

"Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada 30 April ini dan penalti akan dikenakan sekiranya mereka gagal mengisi borang selepas tarikh tersebut," katanya.

LHDN

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain