suria

Pemandu Kereta Bomba Dapat Elaun RM150 Sebulan

KANGAR: Sejumlah 3,000 pemandu kereta bomba yang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima elaun RM150 sebulan mulai Januari lalu sebagai ganjaran kepada perkhidmatan mereka.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pemberian elaun itu diluluskan penghujung tahun lepas yang menelan kos RM10 juta.

Beliau berkata elaun juga diberi kepada kira-kira 1,000 anggota bomba bantuan dengan kadar bayaran RM6 sejam untuk perkhidamatan antara lapan hingga 12 jam sehari.

Ia melibatkan peruntukan RM20 juta, katanya kepada pemberita pada majlis  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Peringkat Zon Utara di sini, Rabu.

Wan Mohd Nor berkata JBPM menerima lebih 100,000 panggilan sepanjang tahun lepas termasuk kira-kira 50,000 panggilan semasa musim kemarau dan 5,000 panggilan sehari semasa banjir.

Berbanding tahun-tahun sebelumnya, purata tahunan panggilan tidak melebihi 70,000 pnggilan, katanya.

Seramai 148 anggota daripada Perlis, Kedah dan Pulau Pinang menerima sijil penghargaan pada majlis tersebut.

Bomba, Elaun

Artikel Lain