suria

Pameran Udara Gegar Pembukaan Lima'15

LANGKAWI: Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) bermula hari ini dengan persembahan udara yang dramatik oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara kira-kira 10,000 pengunjung yang berpusu-pusu ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) untuk menyaksikan persembahan dimulai dengan pengenalan dua jet pejuang F/A-18 Hornets sebelum disusuli penerbangan lintas oleh lima jet pejuang Sukhoi 30-MKM.

Enam jet pejuang Hawk 108/208 dan tiga helikopter EC725 turut menyertai pertunjukan bagi menghiburkan orang ramai dengan formasi yang menakjubkan.

Penerbangan lintas pesawat pengangkut tentera Airbus A400M, aset terbaharu TUDM yang diiringi beberapa jet pejuang mengakhiri upacara perasmian LIMA edisi ke-13 ini.

Selain MIEC, venue utama penganjuran segmen pameran aeroangkasa LIMA '15, pameran maritim akan juga diadakan di Awana Porto Malai.

LIMA'15 akan berlangsung sehingga Sabtu ini.

Lima'15

Artikel Lain