suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Gubal Akta Baharu Cegah Datuk Palsu

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menggubal satu akta baharu bagi membendung penyalahgunaan gelaran darjah kebesaran yang tidak diiktiraf di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, undang-undang baharu itu juga bertujuan mengawal proses penganugerahan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

"Dengan berkuatkuasanya undang-undang tersebut tindakan akan dikenakan ke atas inidividu yang menerima atau mengguna atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan penganugerahan berkenaan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berhubung isu gelaran dan pingat yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Mengulas lanjut Shahidan berkata, anugerah yang diberikan oleh pertubuhan, persatuan atau mana-mana institusi dalam dan luar negara yang wujud hanya sebagai pusat kebudayaan dan pemuliharaan adat budaya dan tradisi adalah tidak termasuk dalam katergori penganugerahan yang diiktiraf kerajaan.

"Mana-mana individu yang menerima anugerah sebegini tidak boleh menggunakannya dalam urusan rasmi atau memakainya semasa menghadiri majlis rasmi di negara ini," katanya.

Menjawab soalan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) berhubung status gelaran ‘Datuk’ bagi penerima yang didapati bersalah atas tuduhan jenayah, Shahidan berkata ia terletak di bawah bidang kuasa pihak yang memberi penganugerahan tersebut.

"Kuasa mengeluarkan (memberi) anugerah ini adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong, raja-raja dan juga Yang Di-Pertua Negeri.

"Maka sekiranya mereka (penerima anugerah) itu melanggar apa-apa peraturan, maka kuasa yang memberi itu jugalah boleh menarik balik (anugerah),” katanya.

Datuk, Dewan Rakyat

Artikel Sebelum

Artikel Lain