Perhilitan N.Sembilan Rampas 12 Spesis Hidupan Liar - Semasa | mStar

Perhilitan N.Sembilan Rampas 12 Spesis Hidupan Liar

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Wan Mat Wan Harun (kiri) menunjukkan hidupan liar yang dirampas oleh Perhilitan Negeri Sembilan di sebuah setor penyimpanan barang-barang pembinaan di Batu 8, Jalan Besar, Mantin di SEremban, Jumaat.-fotoBERNAMA
SEREMBAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan merampas 12 spesis hidupan liar di sebuah setor barang-barang binaan di Batu 8, Jalan Besar, Mantin dekat sini, Khamis.

Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata, dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, pemeriksaan ke atas setor berkenaan pihaknya menjumpai pelbagai spesis hidupan liar, termasuk spesis yang dilindungi.

"Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan lima anggota penguatkuasa Perhilitan Negeri Sembilan dengan dibantu tiga orang anggota polis membuat pemeriksaan di setor terbabit.

"(Mereka) menjumpai seekor burung Helang Jambul, dua ekor burung Bayan Puling, seekor burung Merbah Luris Leher, seekor burung Merbah Jampul Hitam, dua ekor burung Serindit, seekor burung Murai Batu, seekor burung Tiong Mas, dua ekor Ayam Hutan dan seekor Beruk," katanya.

Wan Mat berkata seorang pekerja setor warga Myanmar berusia 26 tahun turut ditahan dan kini ditahan reman selama tujuh hari.

Nilai rampasan dianggarkan RM20,000 dan ini merupakan rampasan terbesar oleh Perhilitan negeri tahun ini, katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Katanya siasatan awal mendapati setor berkenaan dipercayai dijadikan transit sebelum hidupan liar berkenaan dijual di pasaran tempatan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan spesis hidupan liar diperlindungi tanpa lesen) dan Seksyen 68(1)(a) akta yang sama kerana menyimpan spesis hidupan liar diperlindungi sepenuhnya tanpa permit khas, katanya.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 60(1)(a), seseorang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya, manakala Seksyen 68(1)(a) boleh didenda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain