suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuan Ibrahim Terkejut Dicalon Cabar Abdul Hadi

Tuan Ibrahim Tuan Man.

PENGKALAN CHEPA: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terkejut apabila beliau dicalonkan untuk mencabar presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan tertinggi itu pada pemilihan parti Jun depan.

"Saya terkejut, tetapi terharu. Bagaimanapun, saya tidak akan apa-apa lagi pada masa ini," katanya kepada The Star pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Chempaka pada Selasa.

Beliau turut enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau akan menerima atau menolak pencalonan tersebut.

"Saya akan bercakap mengenainya apabila saya telah berfikir mengenai perkhabaran ini," katanya.

Pada malam Isnin, PAS Kota Bharu mencalonkan Tuan Ibrahim untuk bertanding bagi jawatan presiden yang dipegang oleh Abdul Hadi pada pemilihan parti pada Jun.

Ketuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, bahagian itu mencadangkan seorang calon bagi memegang jawatan itu berikutan keadaan kesihatan Abdul Hadi.

Menariknya, sebelum dicalonkan, Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa adalah lebih baik sekiranya tiada yang akan bertanding untuk jawatan tertinggi parti itu sebagai menghormati Abdul Hadi yang menerajui parti itu selama 13 tahun.

Artikel Berikut

Artikel Lain