suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Penganggur Miliki Bom Tangan Disebut Semula 10 April

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini Selasa menetapkan 10 April depan untuk sebutan semula kes seorang penganggur yang didakwa memiliki sebutir bom tangan, Januari lepas. 

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor memohon tarikh sebutan baharu kerana laporan kimia tertuduh masih belum siap.

Pada 10 Februari lepas, Mohamad Rosidi Othman,36, didakwa memiliki bom tangan di alamat SB 479 Unit 8, Mukim 19 Kampung Tun Sardon, Bukit Mertajam, dekat sini, pada pukul 8.45 pagi, 29 Januari lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 14 tahun dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Mohd Rosidi diwakili peguam E. Gnasegaran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain