suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Tegaskan Tiada Penyelewengan Agihan Bantuan Banjir

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan tiada sebarang penyelewengan dalam agihan bantuan banjir kepada mangsa yang terlibat dalam bencana itu pada Disember lepas. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, peruntukan untuk diagihkan di bawah penyelarasan Majlis Keselamatan Negara (MKN) diserahkan kepada penerima berdasarkan senarai yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

"Duit tidak hilang dan bantuan telah disalurkan kepada mangsa banjir seperti yang sepatutnya, tetapi hakikatnya kita kena ubah pemikiran...," katanya menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (Kepong-DAP) yang mendakwa berlaku penyelewengan dalam agihan bantuan banjir berkenaan. 

Mengulas lanjut Shahidan berkata dalam menangani bencana itu, semua pihak wajar mengubah pemikiran terhadap aspek penjagaan hutan dan pemantauan projek penanaman di kawasan bukit bagi memastikan kawasan tadahan air tidak terjejas. 

Beliau turut menyarankan kerajaan negeri melaksanakan langkah proaktif bagi menjaga kawasan hutan dan memantau projek penanaman di negeri masing-masing bagi mengelakkan krisis banjir lebih teruk daripada berlaku.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain