suria

Ketua Penerangan Pemuda Umno Labuan Meninggal Akibat Pelanggaran Dengan Trailer

LABUAN: Ketua Penerangan Pemuda Umno Labuan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah trailer minggu lepas, meninggal dunia di hospital di sini pada jam 7.30 malam Sabtu.

Ketua Polis Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, mangsa sedang menunggang motosikal Honda Ex5 untuk ke kawasan Rancha-Rancha dari Pulau Enoe, bila kejadian itu berlaku di Sg Keling di sini pada kira-kira 2 petang 28 Februari lalu.

Dia gagal mengawal motosikalnya bila terserempak dengan sebuah trailer panjang yang menghalang trafik, lalu melanggarnya.

"Dia tersepit di bawah trak berkenaan dengan kepalanya cedera parah," kata Adzhar dalam satu kenyataan.

Mangsa berusia 32 tahun, dikenali sebagai Khairil Anuar Syawal dari Simpang Banting 0205, Kampung Tanjung Aru.

Kami telah membuka kertas siasatan terhadap kejadian itu," katanya. Adzhar berkata, kemalangan seumpama itu sering diperkatakan oleh orang ramai.

Ini mendorong polis untuk melancarkan operasi besar-besaran tidak lama lagi bagi menjejaki pemandu lori yang tidak bersopan terutama yang mengendali trak panjang, katanya.

"Bukan dengan tujuan menghukum, tetapi untuk mendidik...agar pengguna jalan raya lain tidak menjadi mangsa pemandu tidak bersopan," kata beliau.

Saya pernah dihalang oleh trailer panjang semasa memandu di kawasan Patau-Patau. Ini membahayakan pemandu lain," katanya.

Artikel Lain