Pemilihan Semula MIC Boleh Diteruskan Selagi Mahkamah Tidak Buat Keputusan - Dr Subra

Dr Subramaniam

GEORGE TOWN: Pemilihan semula parti MIC masih boleh diteruskan walaupun terdapat pihak memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) itu.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, parti berkenaan boleh terus berbuat demikian melainkan jika mahkamah mengarahkan sebaliknya.

Beliau berkata pemilihan semula parti itu perlu dilakukan segera bagi mengelak pendaftaran MIC dibatalkan, sekali gus merugikan masyarakat India di negara ini.

"Saya sering menyatakan bahawa sebenarnya ini adalah cerita sedih dan melepaskan peluang yang ada.

"Kita boleh menghentikannya dengan pelbagai cara sepanjang proses ini, malangnya dalam setiap peringkat, kurang tindakan sehingga menjadi teruk dan sekarang bertambah buruk apabila dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan cawangan-cawangan MIC Pulau Pinang, di sini, Ahad.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas RoS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, pada 14 Februari lepas, meminta RoS menarik balik semua surat kerana mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan parti dan akta pertubuhan serta mengancam mengambil tindakan undang-undang jika RoS tidak berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam menegaskan Palanivel bertanggungjawab untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi MIC ketika ini dan tidak sepatutnya membiarkan perkara itu berlarutan sehingga boleh menjejaskan parti itu.

Ditanya siapa yang bertanggungjawab memimpin parti itu ketika ini, beliau berkata: "CWC...ini satu-satunya badan yang dinyatakan oleh RoS untuk berbuat demikian...malah, CWC juga boleh bertindak melantik jawatankuasa dan melaksanakan pemilihan semula parti".

MIC, RoS, Dr S Subramaniam, CWC

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain