suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azmin Mohon Sarawak Tarik Larangan Masuk Pemimpin PKR

KUCHING: PKR pada Selasa memohon kerajaan Sarawak mengkaji semula larangan masuk ke negeri ini yang dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan parti itu.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata PKR menghormati Perkara 18 Perjanjian Malaysia namun meminta budi bicara Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk mempertimbangkan permohonan itu.

Perjanjian Malaysia, yang melingkungi 20 perkara di Sabah dan 18 perkara di Sarawak, merupakan syarat-syarat yang ditandatangani pada 1963 semasa pembentukan Malaysia daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

"Saya meminta ketua menteri melihat semula tindakan terhadap beberapa pemimpin PKR yang dihalang masuk ke Sarawak. Saya tegaskan sementara kita menghormati undang-undang Imigresen dan autonomi Imigresen dalam Perkara 18, tetapi atas budi bicara ketua menteri, saya minta dapat membantu perkara ini.

"Dan sekiranya ada maklumat yang perlu disampaikan kepada kami tentang mengapa mereka tidak dibenarkan masuk, kita boleh cari jalan penyelesaian," kata Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat hampir sejam terhadap Adenan di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.

Turut hadir, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Krian, Ali Biju dan Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

PKR, Sarawak

Artikel Lain