suria

PasMa Tidak Bertanding Di DUN Chempaka

Phahrolrazi Zawawi

PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tidak akan meletakkan calon mahupun menyokong calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka akan datang.

Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, PasMa merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.

"Jika kita tidak mendaftar sebagai sebuah parti politik, kita tidak boleh bertanding dalam pilihan raya. Peranan kami adalah hanya untuk menyokong Pakatan Rakyat," katanya kepada The Star Online di sini, Selasa.

Beliau berkata PasMa juga tidak akan menyokong calon Bebas yang berhasrat bertanding dalam PRK itu nanti.

PRK DUN Chempaka akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 22 Mac sebagai hari mengundi manakala hari penamaan calon adalah pada 10 Mac.

Umno mengesahkan untuk tidak bertanding pada PRK itu nanti bagi menumpukan perhatian kepada usaha-usaha pemulihan banjir.

Artikel Lain