suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penganggur Didakwa Ugut, Cedera Pemandu Lori Dengan Parang

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tuduhan mengugut dan mencederakan pemandu lori menggunakan sebilah parang minggu lepas.

Abdul Rashid Akramullah, 51, didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Mohd Ropaei Baharon, 48, dengan melibas menggunakan belakang parang berukuran 70 sentimeter di hadapan rumah Blok A-3-1 Projek Perumahan Rakyat Pekan Batu, Batu 5 Jalan Ipoh, pada 12 tengah malam, 23 Februari lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Abdul Rashid didakwa dengan sengaja mencederakan Mohd Ropaei sehingga menyebabkan belakang betis kaki kiri mangsa bengkak, pada tarikh dan lokasi yang sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya K. Vasugi tidak menawarkan sebarang jaminan bagi kedua-dua pertuduhan itu, namun Majistret Mohd Rehan Mohd Aris membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 1 April untuk sebutan semula.

penganggur, ugut, pemandu lori

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain