Tiada Diskaun Untuk Lot Bumiputera Amalan Biasa - Exco P.Pinang - Semasa | mStar

Tiada Diskaun Untuk Lot Bumiputera Amalan Biasa - Exco P.Pinang

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang Rabu menjelaskan ketiadaan pemberian diskaun sebanyak lima peratus bagi pembelian lot Bumiputera untuk rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik di negeri ini adalah amalan biasa kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar negeri Jagdeep Singh Deo berkata ketiadaan pemberian diskaun itu diamalkan sejak dahulu lagi dan turut dipraktikkan di semua negeri.

"Memang ini adalah amalan biasa, tiada diskaun itu selama ini. Jadi surat-surat yang dirujuk oleh media kepada Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah memang jelas dinyatakan tiada pemberian diskaun lima peratus itu," katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Jagdeep berkata demikian ketika diminta mengulas kesahihan surat arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri bertarikh 23 Feb kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bertajuk 'Tiada diskaun limaperatus bagi lot bumiputera untuk rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik'.

Beliau berkata amalan itu (tiada pemberian diskaun lima peratus) juga merupakan dasar kerajaan persekutuan.

Pada Selasa, Pemuda UMNO Pulau Pinang menuntut penjelasan kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung peruntukan diskaun lima peratus yang tidak diberi bagi lot rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik kepada pembeli bumiputera. 

Pemuda UMNO negeri mendakwa berikutan ketiadaan pemberian diskaun itu, golongan berpendapatan sederhana dan rendah tidak lagi mampu untuk memiliki rumah. 

Lot Bumiputera , Jagdeep Singh Deo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

OKT Maut Jatuh Bumbung Flat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain