suria

Telesidang PAS-Sirul Gagal

KUALA LUMPUR: Hasrat PAS untuk mengadakan telesidang dengan Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu gagal apabila bekas komando polis itu tidak dapat dihubungi pada Isnin.

Sirul, yang dijadualkan akan melakukan pendedahan mengenai kes pembunuhan tersebut menerusi sidang telefon bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada Isnin, pukul 11.30 pagi dari Sydney, Australia tidak dapat dihubungi apabila tiba waktu yang ditetapkan.

Mahfuz yang hadir untuk sesi tersebut pada pukul 11.30 pagi cuba menghubungi Sirul dari Ibu Pejabat PAS di sini seperti yang dijanjikan namun gagal apabila setiap percubaan disambungkan terus ke peti pesanan suara.

"Saya sudah menghubungi Sirul pada pukul 10.44 pagi ini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mengesahkan tentang sidang pada hari ini dan dia menjawab menjawab ‘OK Datuk’.

"Dalam SMS yang dihantar kepadanya juga, saya beritahu bahawa saya ‘akan menghubunginya dengan ‘nombor ini’ (nombor lain daripada nombor yang biasa digunakan) bagi mengelak gangguan jika ada panggilan lain masuk ketika sidang berlangsung," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini, Isnin.

PAS, Altantuya Shaariibuu

Artikel Berikut

Artikel Lain